Reviu Buku: Aku, Kau & Malaysia: Barisan Hadapan karya Artis-artis Komik M

57124877. sx318

Tentang Buku

Menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘frontliners’ (pejuang barisan hadapan) di Malaysia ketika pandemik Covid-19 muncul melanda seperti:

Wira Kami oleh BEN WONG
Terlalu Istimewa oleh HAFIZZUDDIN ISMAIL
Lawak Orang Malaysia: Ke Sana Ke Sini oleh NUDS
Jatuh oleh FURQAN ILAHI
Koo & Cheng: Kita Jaga Kita oleh DANIAL HAIKAL
Barisan Hadapan oleh KIMI
Lawak Orang Bujang: Penjarakan oleh FROGGYPAPA
Janji oleh SULAIMAN SHAARI
Tugas oleh PAKNGAH ALIPZ

Kita mesti menang!


Reviu Saya

Pertama sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Komik M dan Buku PTS kerana menghantar komik Aku, Kau & Malaysia sebagai pertukaran untuk reviu yang jujur.

Aku, Kau & Malaysia: Barisan Hadapan (Frontliners) adalah komik-komik pendek yang mengisahkan tentang pengalaman petugas barisan hadapan semasa pandemik Covid-19. Sangat menghiburkan dan juga ada beberapa babak yang membuatkan hati aku tersentuh kerana dek pengorbanan pasukan baris hadapan. Ada juga kisah mengenai orang biasa yang menolong seorang warga emas dan dia pula terkena jangkitan Covid_19. Namun semua yang jadi ada hikmahnya. Dapat pula dia mengorat seorang jururawat ni. Sangat untung!

Aku memang sukakan karya yang ditulis oleh Nuds yang berjudul Lawak Orang Malaysia: Ke Sana Ke Sini. Yang ni satu-satunya lawak dalam komik ni yang paling menghiburkan hati. Sampai rakan serumah tanya “dah kenapa gelak macam tu?” Mungkin juga sebab aku seorang yang mudah terhibur.

Satu komik yang ringkas tapi penuh dengan nilai murni dan banyak memberi kesedaran kepada pembaca terutamanya yang melibatkan pandemik Covid-19. Sebagai manusia, tak kiralah rakyat biasa atau menteri, ataupun orang-orang kehormat, adalah tugas kita untuk memastikan negara kita bebas dari wabak Covid-19. Laksanakanlah peranan masing-masing. Para petugas barisan hadapan dah jalankan tanggungjawab mereka, jadi peranan kita pula adalah memastikan kita semua jaga dan ikut SOP, jaga kebersihan dan kesihatan. Kita jaga kita.


Terima kasih kerana sudi membaca reviu saya. Jumpa di next post! 😀

Yang ikhlas,
Elvina.

Leave a comment